MAKLUMAN


Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, Semoga Tahun baru ini akan memberikan seribu satu kejayaan untuk kita semua.

Marilah Bersama-sama Memeriahkan Dunia ICT Dalam Pendidikan...!

Untuk makluman semua, Pusat Akses kini dibuka untuk semua. Dari itu, Pusat Akses SK Serkam Darat menjemput semua komuniti setempat untuk datang dan bersama-sama mengembara di duni IT yang tanpa sempadan. jadikan Pusat Akses SK Serkam Darat Pusat Akses Komuniti Anda...!

Satu laman sosial group SK Serkam Darat di Facebook telah diwujudkan bagi membolehkan guru dan murid serta bekas murid SKSD berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat serta sebagai medium menyebarkan informasi yang berkaitan dengan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah..

Bersama kita membudayakan ICT di sekolah dengan meningkatkan kemahiran serta bersama-sama menjayakan apa jua program ICT yang dijalankan di sekolah..

Pusat Akses SK Serkam Darat dibuka pada setiap hari waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi - 1.00 tengah hari (rehat) 2.00 petang hingga 4.30 petang (Isnin-khamis) 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat).

Kelas Celik ICT akan diteruskan. Kali ini dikendalikan oleh Juruteknik Komputer - En Zul.Semua dijemput hadir. Ia adalah percuma. Bagi murid-murid yang ada kelapangan masa juga dijemput hadir.

Tuesday, December 14, 2010

PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER KALI KE-2

Program Literasi ICT & Celik Komputer kembali lagi..!Bermula cuti sekolah ini dari 29 November 2010 hingga 24 Disember 2010. Jom hadir ke Makmal Komputer SKSD, Berikut ialah program terkini yang akan diadakan :

  • TAHUN 1 : Asas Komputer & Menaip menggunakan MS Office Word
  • TAHUN 2 : Mahir Office : Word , Excel;
  • TAHUN 3 : Mahir Office : Word , Excel; Power Point & Publisher
  • TAHUN 4 : Emel & Facebook
  • TAHUN 5 : Movie Maker & Photoscape

Wednesday, August 25, 2010

PROGRAM MEMBUAT KAD UCAPAN HARI RAYA

Ahlan Wahsalan..
Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini, satu program membuat Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri menggunakan Microsoft Office Publisher akan diadakan. Murid-murid boleh hadir ke Pusat Akses & Makmal Komputer pada setiap hari persekolahan (Isnin- Jumaat ) dari 2.30 petang - 5.00 petang.

Jom belajar buat kad ucapan Hari Raya yang menarik lagi grand !  Boleh didedikasikan kepada guru-guru dan kawan-kawan nanti ye..:)

Contoh Kad Raya

Monday, June 21, 2010

SEPANJANG PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER



                     

Monday, June 7, 2010

MAKLUMAN PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER

Antara program yang di jalankan :

Tahun 1 : Asas komputer dan belajar menaip menggunakan MS Office Word
Tahun 2 : Belajar melukis menggunakan Paint dan latihan mahir MS Office
Tahun 3 : Mahir Office- membuat persembahan menggunakan MS Office Power Point..
Tahun 4 : Membuat emel dan mahir MS Office Publisher
Tahun 5 : Membuat emel dan Facebook

PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER 2010

Sempena cuti sekolah ini , bermula 7 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010 (Isnin hingga Jumaat), pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program berkaitan ICT untuk memberi manfaat kepada murid-murid bagi mengisi masa terluang dengan lebih bermanfaat. Fasilitator Schoolnet SK Serkam Darat, Cik Farrah Farina bt Daud akan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan mengendalikan program dan juga akan dibantu oleh unit ICT SK Serkam Darat...

Berikut adalah jadual program untuk makluman ibu bapa & murid :

TARIKH : Sepanjang Cuti Sekolah

HARI : Isnin      - Tahun 1
            Selasa   - Tahun 2
            Rabu     - Tahun 3
            Khamis - Tahun 4
            Jumaat  - Tahun 5 
                                      
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER & PUSAT AKSES SK SERKAM DARAT
                                                                    


Tuesday, June 1, 2010

SUASANA DI PUSAT AKSES SKSD


Thursday, May 6, 2010

PENGGUNAAN CDRI

Untuk makluman semua, bermula sekarang, semua warga SK Serkam Darat, termasuk guru dan murid boleh menggunakan Perisian Kursus Pendidikan yang menarik seperti CDRI dan VCD di pusat akses SK Serkam Darat..  


Maka, jangan lepaskan peluang untuk menggunakan CD yang menarik lagi interaktif ini. Pelbagai pilihan subjek yang ada meliputi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sains dan banyak lagi..

Wednesday, May 5, 2010

JOM JAWAB PERMATA PINTAR

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan di Pusat Akses SK Serkam Darat. Murid-murid dan komuniti setempat boleh membuat ujian Permata Pintar di pusat akses dan makmal komputer SK Serkam Darat atas tunjuk ajar dan bantuan dari Fasilitator Schoolnet, Cik Farrah Farina Daud dan Juruteknik Komputer, En.Zulkarnine Zubir...Selamat menjawab..Semoga berjaya..

Tuesday, April 20, 2010

SEJARAH PUSAT AKSES SK SERKAM DARAT


Pusat Akses SK Serkam Darat ini siap dibina pada tahun 2006 dan mula beroperasi pada Januari 2007. Pada awalnya pusat akses ini diuruskan oleh En.Azmeer bin Muhtar (Guru Data SK Serkam Darat). Kemudian diambil alih oleh Cik Sufiahana Mahzan (Guru Penyelaras Bestari) sehinggalah sekarang. Walaupun masih baru lagi diwujudkan, fungsi pusat akses di sekolah memainkan peranan yang penting, dimana dapat membantu murid-murid menggunakan kemudahan internet untuk membuat Zoom-A dan juga menggunakan komputer untuk membuat folio. Semoga pusat akses SK Serkam Darat akan menjadi pusat akses cemerlang menjelang tahun 2011. Bersama kita menjayakannya,,