MAKLUMAN


Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, Semoga Tahun baru ini akan memberikan seribu satu kejayaan untuk kita semua.

Marilah Bersama-sama Memeriahkan Dunia ICT Dalam Pendidikan...!

Untuk makluman semua, Pusat Akses kini dibuka untuk semua. Dari itu, Pusat Akses SK Serkam Darat menjemput semua komuniti setempat untuk datang dan bersama-sama mengembara di duni IT yang tanpa sempadan. jadikan Pusat Akses SK Serkam Darat Pusat Akses Komuniti Anda...!

Satu laman sosial group SK Serkam Darat di Facebook telah diwujudkan bagi membolehkan guru dan murid serta bekas murid SKSD berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat serta sebagai medium menyebarkan informasi yang berkaitan dengan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah..

Bersama kita membudayakan ICT di sekolah dengan meningkatkan kemahiran serta bersama-sama menjayakan apa jua program ICT yang dijalankan di sekolah..

Pusat Akses SK Serkam Darat dibuka pada setiap hari waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi - 1.00 tengah hari (rehat) 2.00 petang hingga 4.30 petang (Isnin-khamis) 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat).

Kelas Celik ICT akan diteruskan. Kali ini dikendalikan oleh Juruteknik Komputer - En Zul.Semua dijemput hadir. Ia adalah percuma. Bagi murid-murid yang ada kelapangan masa juga dijemput hadir.

Thursday, April 28, 2011

-:: Bengkel Pemurnian Pembinaan Blog 2011 ::-

Khamis-27 April 2011
Bertempat di Makmal Komputer SK Serkam Darat, telah berlansung Bengkel Pemurniaan Pembinaan Blog 2011.Bengkel ini telah dihadiri oleh Juruteknik Komputer sekolah dari seluruh daerah Jasin. Bengkel tersebut telah berlansung dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.oo petang.Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Cik Sufiahana Bt Mahzan (GPB SK Serkam Darat).

Antara pengisian sepanjang bengkel tersebut ialah membina semula blog pusat akses sekolah masing-masing hingga menambahbaikkan bolg tersebut supaya menjadi blog yang menarik.





Diharapkan dengan berakhirnya bengkel tersebut dapat memberikan impak yang baik kepada menyalurkan informasi yang berguna kepada warga sekolah dan semua. 

Tuesday, December 14, 2010

PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER KALI KE-2

Program Literasi ICT & Celik Komputer kembali lagi..!Bermula cuti sekolah ini dari 29 November 2010 hingga 24 Disember 2010. Jom hadir ke Makmal Komputer SKSD, Berikut ialah program terkini yang akan diadakan :

  • TAHUN 1 : Asas Komputer & Menaip menggunakan MS Office Word
  • TAHUN 2 : Mahir Office : Word , Excel;
  • TAHUN 3 : Mahir Office : Word , Excel; Power Point & Publisher
  • TAHUN 4 : Emel & Facebook
  • TAHUN 5 : Movie Maker & Photoscape

Wednesday, August 25, 2010

PROGRAM MEMBUAT KAD UCAPAN HARI RAYA

Ahlan Wahsalan..
Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini, satu program membuat Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri menggunakan Microsoft Office Publisher akan diadakan. Murid-murid boleh hadir ke Pusat Akses & Makmal Komputer pada setiap hari persekolahan (Isnin- Jumaat ) dari 2.30 petang - 5.00 petang.

Jom belajar buat kad ucapan Hari Raya yang menarik lagi grand !  Boleh didedikasikan kepada guru-guru dan kawan-kawan nanti ye..:)

Contoh Kad Raya

Monday, June 21, 2010

SEPANJANG PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER



                     

Monday, June 7, 2010

MAKLUMAN PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER

Antara program yang di jalankan :

Tahun 1 : Asas komputer dan belajar menaip menggunakan MS Office Word
Tahun 2 : Belajar melukis menggunakan Paint dan latihan mahir MS Office
Tahun 3 : Mahir Office- membuat persembahan menggunakan MS Office Power Point..
Tahun 4 : Membuat emel dan mahir MS Office Publisher
Tahun 5 : Membuat emel dan Facebook

PROGRAM LITERASI ICT & CELIK KOMPUTER 2010

Sempena cuti sekolah ini , bermula 7 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010 (Isnin hingga Jumaat), pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program berkaitan ICT untuk memberi manfaat kepada murid-murid bagi mengisi masa terluang dengan lebih bermanfaat. Fasilitator Schoolnet SK Serkam Darat, Cik Farrah Farina bt Daud akan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan mengendalikan program dan juga akan dibantu oleh unit ICT SK Serkam Darat...

Berikut adalah jadual program untuk makluman ibu bapa & murid :

TARIKH : Sepanjang Cuti Sekolah

HARI : Isnin      - Tahun 1
            Selasa   - Tahun 2
            Rabu     - Tahun 3
            Khamis - Tahun 4
            Jumaat  - Tahun 5 
                                      
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER & PUSAT AKSES SK SERKAM DARAT