MAKLUMAN


Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, Semoga Tahun baru ini akan memberikan seribu satu kejayaan untuk kita semua.

Marilah Bersama-sama Memeriahkan Dunia ICT Dalam Pendidikan...!

Untuk makluman semua, Pusat Akses kini dibuka untuk semua. Dari itu, Pusat Akses SK Serkam Darat menjemput semua komuniti setempat untuk datang dan bersama-sama mengembara di duni IT yang tanpa sempadan. jadikan Pusat Akses SK Serkam Darat Pusat Akses Komuniti Anda...!

Satu laman sosial group SK Serkam Darat di Facebook telah diwujudkan bagi membolehkan guru dan murid serta bekas murid SKSD berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat serta sebagai medium menyebarkan informasi yang berkaitan dengan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah..

Bersama kita membudayakan ICT di sekolah dengan meningkatkan kemahiran serta bersama-sama menjayakan apa jua program ICT yang dijalankan di sekolah..

Pusat Akses SK Serkam Darat dibuka pada setiap hari waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi - 1.00 tengah hari (rehat) 2.00 petang hingga 4.30 petang (Isnin-khamis) 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat).

Kelas Celik ICT akan diteruskan. Kali ini dikendalikan oleh Juruteknik Komputer - En Zul.Semua dijemput hadir. Ia adalah percuma. Bagi murid-murid yang ada kelapangan masa juga dijemput hadir.

Tuesday, April 20, 2010

SEJARAH PUSAT AKSES SK SERKAM DARAT


Pusat Akses SK Serkam Darat ini siap dibina pada tahun 2006 dan mula beroperasi pada Januari 2007. Pada awalnya pusat akses ini diuruskan oleh En.Azmeer bin Muhtar (Guru Data SK Serkam Darat). Kemudian diambil alih oleh Cik Sufiahana Mahzan (Guru Penyelaras Bestari) sehinggalah sekarang. Walaupun masih baru lagi diwujudkan, fungsi pusat akses di sekolah memainkan peranan yang penting, dimana dapat membantu murid-murid menggunakan kemudahan internet untuk membuat Zoom-A dan juga menggunakan komputer untuk membuat folio. Semoga pusat akses SK Serkam Darat akan menjadi pusat akses cemerlang menjelang tahun 2011. Bersama kita menjayakannya,,