MAKLUMAN


Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, Semoga Tahun baru ini akan memberikan seribu satu kejayaan untuk kita semua.

Marilah Bersama-sama Memeriahkan Dunia ICT Dalam Pendidikan...!

Untuk makluman semua, Pusat Akses kini dibuka untuk semua. Dari itu, Pusat Akses SK Serkam Darat menjemput semua komuniti setempat untuk datang dan bersama-sama mengembara di duni IT yang tanpa sempadan. jadikan Pusat Akses SK Serkam Darat Pusat Akses Komuniti Anda...!

Satu laman sosial group SK Serkam Darat di Facebook telah diwujudkan bagi membolehkan guru dan murid serta bekas murid SKSD berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat serta sebagai medium menyebarkan informasi yang berkaitan dengan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah..

Bersama kita membudayakan ICT di sekolah dengan meningkatkan kemahiran serta bersama-sama menjayakan apa jua program ICT yang dijalankan di sekolah..

Pusat Akses SK Serkam Darat dibuka pada setiap hari waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi - 1.00 tengah hari (rehat) 2.00 petang hingga 4.30 petang (Isnin-khamis) 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat).

Kelas Celik ICT akan diteruskan. Kali ini dikendalikan oleh Juruteknik Komputer - En Zul.Semua dijemput hadir. Ia adalah percuma. Bagi murid-murid yang ada kelapangan masa juga dijemput hadir.

Thursday, April 28, 2011

-:: Bengkel Pemurnian Pembinaan Blog 2011 ::-

Khamis-27 April 2011
Bertempat di Makmal Komputer SK Serkam Darat, telah berlansung Bengkel Pemurniaan Pembinaan Blog 2011.Bengkel ini telah dihadiri oleh Juruteknik Komputer sekolah dari seluruh daerah Jasin. Bengkel tersebut telah berlansung dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.oo petang.Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Cik Sufiahana Bt Mahzan (GPB SK Serkam Darat).

Antara pengisian sepanjang bengkel tersebut ialah membina semula blog pusat akses sekolah masing-masing hingga menambahbaikkan bolg tersebut supaya menjadi blog yang menarik.





Diharapkan dengan berakhirnya bengkel tersebut dapat memberikan impak yang baik kepada menyalurkan informasi yang berguna kepada warga sekolah dan semua.